Ottawa, Kanada: Seorang bekas ketua sebuah ajaran sesat dihukum penjara lima tahun selepas didapati bersalah berkahwin dengan 25 wanita dan mempunyai seramai 145 anak.

Winston Blackmore, 61, dituduh melanggar undang-undang poligami dengan berkahwin melebihi seorang wanita di satu komuniti kecil di Bountiful, British Columbia.

Tembelang Blackmore terbongkar selepas aktivitinya didedahkan oleh seorang bekas isterinya, Jane Blackmore yang turut menjadi saksi di mahkamah.

Jane memberitahu mahkamah, Blackmore berkahwin dengan ramai wanita dengan alasan itu adalah arahan daripada tuhan.

CBCNews melaporkan, perbicaraan terhadap Blackmore berlangsung selama 12 hari di Mahkamah Agong British Columbia.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments
(Visited 16 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *