KUALA LUMPUR – Ahli Umno adalah antara ahli parti politik yang paling berlemah lembut di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, ahli partinya tidak akan melatah, melainkan diprovokasi pihak lain.

“Mengenali majoriti ahli Umno, saya berpendapat kebanyakan daripada mereka adalah orang yang lemah lembut dan bersopan santun.

“Mungkin mereka diprovokasi oleh pihak lain, sehingga mengakibatkan tercetusnya insiden semalam. Saya rasa kalau tiada provokasi, insiden semalam tidak berlaku,” katanya.

Shahidan mengulas kekecohan di hadapan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di antara Pemuda Umno dan Armada, semalam, ketika Armada cuba menghantar surat jemputan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menghadiri forum Nothing2Hide 2.0.

Shahidan berkata, beliau kesal dengan insiden yang tidak sepatutnya berlaku itu.

Sumber: Sinar Harian

Facebook Comments
(Visited 19 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *