Jertih: Seorang warga emas maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kampung Gong Deuk, Jalan Jertih-Keruak, dekat sini, kelmarin.

Dalam kemalangan jam 5.30 petang, mangsa, Wan Mat Wan Ismail, 75, dari Kampung Alur Belanga, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, kejadian berlaku ketika mangsa menunggang motosikal menghala ke Kampung Pasir Akar sebelum dilanggar kereta Proton Waja dari arah belakang.

“Perlanggaran itu menyebabkan mangsa jatuh ke laluan bertentangan sebelum dia dilanggar pula sebuah kereta Perodua Viva menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk dibedah siasat,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Facebook Comments
(Visited 270 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *