Menjadi cantik merupakan idaman setiap wanita dan ini merupakan perkara normal . Kecantikan pada wajah  bukan saja mampu menarik perhatian lelaki tetapi juga memberi keyakinan semasa berhadapan dengan orang ramai. Untuk kelihatan cantik, perkara yang perlu dilihat adalah penjagaan wajah yang bermula daripada asas.

Kuasa pelembab muka

Ramai dalam kalangan  wanita diluar sana yang banyak menghabiskan duit untuk membeli peralatan make-up tapi tidak untuk pelembab muka. Tidak kira sama ada  wajah anda kering,normal atau berminyak, perlembab muka ini adalah satu kemestian yang wanita patut ada.

Penggunaan pelembab muka sangat penting bagi wanita terutama yang berkulit kering kerana mampu mengelakkan kulit wajah lebih mudah berkedut sekaligus kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Pemilihan jenis pelembab muka ini sangat penting kerana bergantung kepada jenis kulit.

Wanita yang mempunyai kuling normal dan kering digalakkan menggunakan pelembab muka yang mengandungi alpha hydroxy acids. Alpha hydroxy acids ini mampu menjadikan kulit muka sentiasa lembab dan lebih segar selain menyingkirkan sel kulit mati. Sapuaan pelembab muka sangat digalakkan selepa wajah dibersihkan telebih dahulu.

Bagi wanita yang kulit berminyak, elakkan membeli pelembab muka yang mempunyai kandungan seperti cocoa butter, biji rami(linseed), minyak kekacang dan bijan yang akan menyebabkan liang pori-pori tersumbat sekaligus wujudnya jerawat. Pastikan membeli pelembab muka yang bebas minyak untuk kegunaan anda.

Krim perlindung matahari bagus untuk anti-penuaan

Sekiranya anda banyak habiskan duit membeli krim anti-penuaan yang diiklankan, sila lupakan pembaziran itu. Dengan pengunaan krim perlindung matahari, anda bukan sahaja menghalang sinaran matahari pada muka, tetapi juga melambatkan proses penuaan.

Kesan sinaran matahari ini memberi kesan kepada penghasilan kolagen dalam kulit yang mana tanpa kolagen kulit tidak dapat mengekalkan kelembapan dan keanjalan. Ini sekaligus mendorong kepada keadaan kulit yang lebih berkedut dan kering.

Pendedahan kepada sinaran matahari untuk jangka panjang tanpa krim perlindung, kulit akan mula kelihatan bintik-bintik, kendur dan kasar. Gunakan krim perlindung yang mempunyai kandung SPF15 atau lebih kerana mampu mengurangkan kesan sinaran matahari dan sapuaan setiap 2 jam sangat digalakkan.

Pilih pencuci muka dengan betul

Pemilihan pencuci muka juga sangat penting bagi menjaga kulit anda kerana kulit muka sangat nipis dan sensitif. Elakkan menggunakan sabun badan kerana mengandungi bahan bersifat menghakis yang boleh merosakkan permukaan kulit.

Di dalam kulit terdapat satu pelindung yang dinamakan lipid barrier dan lipid barrier akan terhakis sekiranya menggunakan pencuci muka yang tidak sesuai. Dan ini menyebabkan timbulnya rasa kulit gatal, pedih dan terbakar. Elakkan untuk mencuci muka lebih dan daripada 2 kali sehari dan teliti kandungan pencuci muka sebelum membeli. Sebagai langkah-berhati-hati, dapatkan nasihat daripada jurujual yang berpengalaman untuk menentukan pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda.

Beli alatan solek yang betul

Apa gunanya sekiranya anda mampu membeli eyeshadow, eye liner, concealer dan foundation yang mahal tapi tidak membeli alatan solek yang betul. Pemilihan alatan solek seperti berus juga penting kerana berus yang lembut mampu memudahkan proses merapikan wajah.

Menurut pakar kecantikkan, berus yang berkualiti dapat dilihat semasa anda sedang menyapu eyeshadow terus ke wajah tanpa menjatuhkan butiran serbuk eyeshadow tersebut.

Sentiasa mengubah gaya penampilan dan rambut anda

Untuk mengekalkan pernampilan yang sentiasa cantik dan menawan, sentiasa mengubah gaya pernampilan daripada segi pakaian, cara bersolek dan rambut anda sekurang-kurangnya setiap 2 tahun sekali. Ini adalah bagi memastikan anda kelihatan sentiasa muda dan moden dengan mengikuti perubahan gaya dan fashion semasa.

Jangan nanti apabila terjumpa kawan-kawan lama anda ditegur wajah dan pernampilan tidak berubah sejak dahulu. Ini sudah pasti sedikit sebanyak akan menjejaskan keyakinan anda sebagai wanita.

Untuk mengubah rutin aktiviti kecantikan dan pernampilan tidaklah mudah untuk dilakukan dalam masa yang singkat. Tetapi usaha yang dilakukan ada masa kini mampu mengubah pernampilan anda pada masa akan datang. Sematkanlah bahawa semua wanita itu cantik,  dan melalui usaha yang konsisten mampu menjadikan anda lebih menawan.

Facebook Comments
(Visited 353 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *