Kalau korang pernah menetap atau pergi melancong di Sabah dan Sarawak, mesti akan perasaan ada perbezaan harga barangan yang ketara kat sana. Bukan setakat ada perbezaan harga, tapi gaji minimum bagi pekerja swasta juga berbeza di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Kerajaan telah menetapkan gaji minimum di Semenanjung adalah RM1000 sebulan, Sabah dan Sarawak sebanyak RM920.

Gaji minimum yang mula dilaksanakan. Sumber imej: Suara Sabah

Perbezaan pembayaran minimum gaji ni sedikit sebanyak tidak membantu penduduk Sabah dan Sarawak untuk menangani perbezaan harga barang yang ketara ditambah pula kerap kali wujud kenaikan harga barang yang tak terkawal. Ramai penduduk Sabah dan Sarawak tertanya-tanya kenapa tak selaraskan saja gaji minimum walhal sama-sama penduduk Malaysia, sama-sama bayar cukai.

Perasaan tidak puas hati yang disuarakan penduduk Sabah dan Sarawak. Sumber: Berita Harian Online

Perbezaan gaji minimum tak selaras

Respon negatif yang ditimbulkan oleh penduduk di Sabah dan Sarawak kemudian dijawab oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia ketika itu, Maznah Mazlan menyatakan bahawa gaji minimum dibuat berdasarkan purata gaji yang diterima oleh pekerja di kedua-dua negeri tu. Jadi melalui penetapan gaji minimum ni, pekerja di Sabah dan Sarawak masih menerima gaji melebihi gaji purata.


Sumber: Giphy

Dan Najib menambah bahawa gaji minimum turut mengambil kira keupayaan majikan membayar gaji, peningkatan produktiviti, peningkatan kos sara hidup, keperluan asas sebuah keluarga dan kedudukan pasaran buruh negara. Di Sabah dan Sarawak keupayaan majikan untuk membayar gaji pekerja masih rendah berbanding di Semenanjung. Sekiranya gaji minimum diselaraskan di ketiga-tiga wilayah ni, majikan di Sabah dan Sarawak akan banyak ‘gulung tikar’ sekaligus menghapuskan peluang pekerjaan.

Perbezaan harga yang menambah rasa geram dan seram

Secara rasionalnya kalau kita fikir kenapa harga sesuatu barang berbeza, kos pengangkutan adalah perkara utama yang kita perlu ambil kira. Kebanyakkan barang pengguna banyak dihasilkan di Semenanjung yang kemudiannya di hantar ke Sabah dan Sarawak yang semuanya membabitkan kos.

Keadaan jaringan jalan raya di Sabah dan Sarawak yang kurang baik terutama di kawasan pedalaman bahkan  tidak ditar langsung kecuali di rumah YB menambah lagi kos pengangkutan. Ada sesetengah tempat yang terpaksa menggunakan laluan sungai untuk mendapatkan bekalan seperti gas memasak dan minyak masak pun turut terkena tempias harga barang melambung naik.

Penduduk pedalaman Sabah terpaksa gunakan kerbau untuk ke hospital. Sumber imje: Says

Harga gas memasak 14kg di Ba’kelalan,Sarawak iaitu di kawasan pedalaman yang indah dan permai dilaporkan pernah mencecah harga RM70 pada 2015. Itu adalah harga yang direkodkan pada 2015 dan harganya mungkin melebihi jumlah itu yang diluar pengetahuan kerajaan.

Keadaan jalan menuju ke Ba’kelalan umpama di medan perang. Sumber imej: Sarawak Live

Kerajaan sebenarnya telah menyediakan bajet yang besar bagi memastikan harga barang kawalan seperti gula, minyak masak, gas memasak dan beras kekal seragam melalui Program Penyeragaman Harga yang dilaksanakan sejak 2009. Yang terbaru program Mobile KR1M turut bermatlamat untuk menyeragamkan harga di ketiga-tiga wilayah ni.

Kenderaan yang digunakan untuk program KR1M. Sumber imje: Harbour

Tapi berkesan ke program ni walaupun dah buat bertahun-tahun? Jawapannya sila tanya pada rakyat yang saban hari masih mengeluh harga barang masih tidak sama dengan harga yang dinikmati oleh penduduk di Semenanjung. Ada juga sesetengah ahli politik yang membangkitkan isu ini walaupun suara dorang kejap ada kejap tak ada macam chipsmore. Albert Kok menyatakan penyeragaman harga perlu disegerakan memandangkan harga yang dinikmati ternyata berat sebelah ditambah pula dengan gaji minimum yang tak seragam.

Dasar Kabotaj yang sabotaj harga barang

Kalau korang prihatin dengan dasar-dasar yang dilaksanakan di Malaysia, korang mesti tahu yang dasar Kabotaj ni turut menyumbang kepada perbezaan harga barang di Sabah dan Sarawak. Dasar Kabotaj  dilaksanakan pada tahun 1990 asalnya untuk melindungi aktiviti perkapalan tempatan selain mengurangkan kadar pengaliran keluar wang asing tetapi yang menerima tempiasnya adalah pengguna.

Perlabuhan Klang yang sentiasa sibuk. Sumber imej: My-Rummy

Melalui Dasar Kabotaj ni, perlabuhan Klang saja dibolehkan untuk dijadikan sebagai pusat pemunggahan barangan import dan eksport di seluruh negara. Sebagai contoh sekiranya ada pemborong di Sabah membeli barang dari mana-mana negeri, barang tersebut akan tiba terlebih dahulu di perlabuhan Klang dan kemudiannya baru akan dihantar ke Sabah. Dan akhirnya pengguna juga yang terpaksa menyerap penambahan kos pengangkutan tersebut.

Dan baru-baru ni, mungkin kerajaan mendengar isu ketidakseragaman harga yang dibangkitkan sesetengah ahli politik yang suaranya tengelam timbul tu dengan menghapuskan dasar kabotaj bermula 1 jun ni. Penghapusan dasar kabotaj ni membabitkan aktiviti perkapalan Semenanjung ke Sabah,Labuan dan Sarawak. Melalui penghapusan sistem kabotaj ni, sebarang produk tidak lagi perlu melalui perlabuhan Klang yang dapat mengurangkan kos dan masa.

Sistem Dasar Kabotaj yang dilaksanakan. Sumber imej: Semboyan Rakyat

Isu ketidakseragaman harga ni bukanlah perkara baru, tetapi dah lama berlaku walaupun pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh kerajaan. Penduduk Sabah dan Sarawak sudah lali dengan isu ni dan dorang tetap cool walaupun kehendak dorang tak diendah.

Diharap dengan penghapusan Dasar Kabotaj ni, penduduk Sabah dan Sarawak dapat menikmati harga barang yang sama dengan Semenanjung. Dan kerajaan seharusnya membangunkan kawasan perindustrian yang lebih banyak di kedua-dua negeri ni bagi memastikan keperluaan pengguna dapat dipenuhi disamping mewujudkan peluang pekerjaan.

Facebook Comments
(Visited 777 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *