Kalau korang perasaan, selepas je kahwin mesti berat badan sendiri atau pun kawan-kawan akan nampak perubahan ketara iaitu daripada segi berat badan. Kalau dulu kurus melidi bukan main susah nak naik berat badan, lepas je kahwin berat terus naik mendadak.

Walaupun ada juga segelintir lelaki yang dulu kurus, lepas kahwin perut terus jauh ke depan, BOROI!. Tapi artikel ni akan menfokuskan dahulu kenapa perempuan selepas kahwin terus berat badan naik, nak hilangkan lemak kat badan bukan main susah. Cuba pelbagai jenis produk kesihatan, jamu, pil pelansing badan pun macam tak ada kesan langsung.

1.Perubahan pengambilan makanan

Perempuan sebelum berkahwin terutamanya sebelum menjelang hari perkahwinan sangat mementingkan pengambilan makanan terutamanya yang sangat berkalori dan berminyak. Itu merupakan satu pantang larang keras bagi perempuan yang hampir melansungkan perkahwinan.

Makan berdua lebih bahagia. Sumber imej: Gitsmania

Tetapi sebaliknya berlaku selepas berkahwin apabila memulakan kehidupan baru bersama suami, diet pengambilan makanan berkalori tinggi bukan lagi menjadi fokus utama. Fokus utama adalah untuk menghabiskan masa dengan suami tercinta. Apa yang suami makan, isteri pun turut sama nak makan.

2.Tiada masa untuk memikirkan soal kecantikkan diri

Selepas berkahwin isteri pun turut memikul tanggungjawab yang besar menguruskan rumah tangga. Bangun pagi siapkan sarapan untuk suami, kemas rumah, memasak lagi, basuh baju. Petang kena kemas rumah lagi dan memasak makan malam. Habis je makan malam, kena basuh pinggan, sediakan barang memasak untuk esok hari.

Pernampilan diabaikan selepas berkahwin. Sumber imej: OROGOLOD Giveaway

Kalau wanita yang berkerjaya, hidup dorang boleh jadi tunggang terbalik. Siapkan kerja rumah, bergegas pula ke tempat kerja. Balik kerja uruskan rumah tangga lagi dan ini belum lagi kira sekiranya memiliki anak. Situasi seperti ini yang menyebabkan wanita sekarang tiada masa lagi untuk memikirkan bentuk badan dorang dan pernampilan diri.

3.Keutamaan diri telah berubah selepas berkahwin

Wanita sebelum berkahwin tidak perlu memikirkan sangat keperluan orang lain memandangkan masih bujang. Tetapi lepas je berkahwin terpaksa pula memikirkan keperluan suami dan umum tahu wanita ni sangat mengambil berat keperluan orang yang dia sayang. Kalau ada anak, anak juga yang dia akan fokus tanpa memikirkan kehendak diri sendiri dulu. Ni secara tak langsung pernampilan diri wanita itu sendiri telah terabai.

Wanita sangat memntingkan keluarga. Sumber imej: ThingLink

4.Kemalasan melanda diri

Menurut kajian, wanita golongan pertengahan dan berada yang hidup mewah cenderung untuk tidak melakukan aktiviti senaman. Ini kerana dorang dah ada pembantu rumah yang boleh membantu memasak, basuh baju dan kemas rumah.Perkara seperti ini yang menyebabkan pergerakan dorang terbatas sekaligus gagal untuk membakar lemak yang melekat di badan.

Malas menjadi punca berat badan naik. Sumbe imej: SheKnows

5.Isu berat badan naik selepas melahirkan anak

Wanita yang yang baru lepas melahirkan anak sangat cenderung untuk merekodkan pertambahan berat badan yang mendadak selepas melahirkan bayi. Sebelum melahirkan anak, seorang wanita itu dilayan bagaikan puteri dan setiap keinginan nafsu makan akan dipenuhi. Ini ditambah pula dengan sesetengah wanita yang mengidam untuk makan makanan tertentu.

Sumber imej: ParentsNeed

Isu penurunan berat badan selepas melahirkan anak sebenarnya mampu dilakukan tetapi keadaan yang terbatas menyebabkan misi untuk kurus kembali tak mampu dilakukan. Umum tahu selepas melahirkan anak, pergerakan wanita sangat terbatas semasa dalam proses berpantang. Ditambah pula dengan anak yang masih kecil perlu perhatian yang rapi selain menguruskan rumah tangga.

Keadaan mungkin berbeza bagi wanita yang memiliki suami membantu menguruskan rumah tangga disamping menjaga anak barulah wanita tersebut berpeluang untuk mencuri masa menguruskan kembali badan ke bentuk yang asal.

6.Kerap makan di luar

Menurut kajian, pasangan yang baru berkahwin cenderung untuk makan di luar sambil menghabiskan masa bersama pasangan tetapi yang menajdi isunya rata-rata makanan di Malaysia ni mengandungi kalori yang tinggi. Kandungan kalori ni dapat dikurangkan sekiranya korang sendiri yang memasak dan korang sendiri tahu bahan-bahan apa yang patut dimasukkan untuk makanan tu berkalori tinggi.

Makanan luar sangat berkalori. Sumber imej: Masterlife

Isu kenaikkan berat badan selepas berkahwin mungkin belum lagi menjadi isu besar kepada wanita yang baru saja berkahwin. Maklumlah masih dalam peringkat berbulan madu tetapi isu ni akan menjadi besar sekiranya tiada langkah efektif diambil untuk membendungnya. Suami juga patut mendorong si isteri untuk menjaga berat badan antaranya memperuntukkan hari-hari tertentu untuk isteri bersenam atau ke spa. Bantuan suami juga sangat penting terutamanya selepas isteri melahirkan anak.

Facebook Comments
(Visited 283 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *