Kalau ada orang yang cakap tak pernah makan mee segera, susah kita nak percaya kan. Mee segera ni dah kira makanan wajib setiap orang tambah lagi kalau student yang tengah belajar kat u makan mee segera la kalau nak berjimat duit. Bahkan orang yang dah kerja pun bila tengah bulan, confirm cari mee segera sebab nak berjimat.

Mee segera ni kalau orang Malaysia kita asyik sebut Maggi je, pada hal Maggi satu brand mee segera. Tapi kalau korang sebut Maggi pun, orang tetap tau tu mee segera walaupun brand yang korang nak berlainan. Bukan je setakat murah, tapi masih mengenyangkan ditambah pulak kalau korang pandai masak campur macam-macam bahan lagi la bertambah sedap kan.

Mee segera ni kalau melantak bila-bila masa pun tetap soul. Sumber imej: vitdaily

Sejak akhir-akhir ni, makin banyak pulak jenis dan perisa mee segera yang ada kat pasaran. Daripada rasa tom yam, laksa penang, ayam, kari, itik semuanya ada, masak tak 5 minit dah siap. Mee segera ni bukan setakat orang Malaysia je suka melantak, orang Jepun, Taiwan, China, Korea bahkan orang putih pun bedal juga mee segera ni.

Hans Lienesch lelaki yang kaki review mee segera

Hans Lienesh ni merupkan seorang kaki review mee segera yang ada kat seluruh dunia, tak kira la brand apa dan rasa macam mana semua dia try. Dia ni berasal daripada USA, tetapi disebabkan masa kecil kat kawasan rumah dia dah bersepah dengan kedai orang Asia yang jual mee segera dari situ minat dia makan mee segera mula bercambah.

Lepas tu, dia mula berminat cuba macam-macam jenis mee segera dan setakat tahun 2014 lebih kurang 1550 jenis mee segera dia dah cuba. Tapi dalam banyak-banyak mee segera, brand dari Malaysia, Thailand dengan Indonesia juga jadi  favourite dia.

Tengok muka Hans Liennesh  pun boleh tau dia ni kuat melantak mee segera. Sumber imej: Edmonds Beacon

Hans Liennesh ni kira kaki review yang top juga la kat Malaysia, Taiwan dengan Jepun sampaikan ada syarikat kat Malaysia yang keluarkan brand MyKuali suruh dia review mee segera dorang. Kalau pasal bayaran, jangan ditanya berapa dia dapat sebab dia pun tak bagitau. Setiap tahun dia akan senaraikan top 10 mee segera yang paling sedap dia pernah rasa sepanjang tahun. Kat bawah adalah senarai mee segera top 10 bagi tahun 2015.

Top 10 mee segera tahun 2015

10. A-Sha Veggie Noodle Tomato Noodle With Vine Ripened Tomato Sauce – Taiwan

Mee segera ni daripada segi teksturnya sangat lembut, nipis tetapi lebar saiznya. Apabila buka saja bungkusan sos tomato, bau tomato yang segar memenuhi setiap ruang selain kuantiti sos tomatonya yang banyak.

9.Maruchan Gotsumori Sauce Yakisoba – Japan


Brand Maruchan ni kali pertama ada dalam senarai top 10, dan menurut dia kandungan mee yang ada sangat banyak sampaikan 2 orang boleh makan. Untuk rasa dia, mee segera ni berasa pedas selain diberi kubis kering yang sangat rangup dan mayonis sebagai penambah rasa yang cukup mengiurkan.

8.MAMA Oriental Style Instant Noodles Green Curry Flavour Jumbo Pack – Thailand


Kalau korang tengok brand ni, mesti kenal kan. Sebab kat Malaysia pun ada jual juga. Ikut review dia, dia kata kuantiti mee segera ni bagi setiap pek sangat banyak dan berbaloi untuk dibeli. Tambahan pula perisa kari hijau ni menawarkan rasa yang secukupnya daripada segi pedas dan rasa.

7. MyKuali Penang Hokkien Prawn Noodle-Malaysia

Mee segera ni la yang syarikat pengeluar panggil dia semata-mata nak suruh dia review mengenai rasa, sedap ke tak atau suam-suam suku je rasa. Menurut dia, saiz mee segera ni lebih besar daripada saiz normal mee segera yang lain. Tambahan pula, perisa ni ada rasa udang yang sangat kuat dan ditambah pula dengan rasa pedas yang sesuai dengan lidah dia. Mee segera ni kurang berminyak berbanding dengan brand lain dan bawang goreng yang banyak menambah lagi kesedapan mee segera ni.

6: Mamee Chef Gold Recipe Mi Kari Seribu Rasa – Malaysia


Brand ni penulis pernah rasa dan sememangnya soul rasa dia. Hans Lienesch cakap mee segera ni mempunyai tekstur yang lembut, mudah dikunyah dan sangat elastik sesuai sangat dengan matlamat syarikat ni yang nak menghasilkan mee tarik tapi secara moden. Dari segi rasa, perisa ni ada rasa jintan yang sangat kuat dan sangat layak untuk paparkan tulisan Gold Resepi kat plastik bungkusan.

5.Prima Taste Singapore Curry La Mian – Singapore


Buat tahun ketiga berturut-turut, mee segera berperisa kari ni ada dalam senarai top 10 dan sememangnya layak untuk ada dalam senarai ni. Daripada segi tekstur, mee segera ni tebal dan kenyal yang akan ambil masa sedikit lama untuk masak. Tapi sangat berbaloi ditambah dengan rasa yang sangat mewah setiap kali makan.

4.CarJEN Nyonya Curry Laksa – Malaysia


Menurut dia, brand ni kali pertama masuk dalam senarai top 10 dan mee segera ni berperisa kari nyonya yang dilemakkan lagi dengan krimer santan. Krimer santan ni menjadikan kuahnya menjadi pekat ditambah pula dengan sambal yang mempunyai rasa udang betul-betul memikat hati yang orang makan. Sambal ni bukan setakat boleh rasa udang, tapi ada rasa pedas manis dengan perahan buah limau. Memang betul-betul masakan Nyonya la ni.

3.Prima Taste Singapore Laksa La Mian – Singapore


Mee ni daripada segi tekstur agak tebal dan sangat kenyal bila dikunyah dan kuahnya sangt pekat bila dirasa sebab ada krimer santan dalam kandungnya. Rasanya juga diseimbangkan dengan rasa pedas dan manis seolah-oelah kita makan masakan yang dimasak sendiri. Dan mee segera ni buat kali ketiga beturut-turut ada dalam senarai top 10.

2.MyKuali Penang White Curry Noodle (New Improved Taste) – Malaysia

Brand dari syarikat yang sama tetapi perisa yang berlainan. Perisa ni ada dalam ranking no 1 pada tahun 2014, tetapi jatuh no 2 pada tahun 2015. Mee segera ni telah dipertingkatkan kualiti rasanya menjadikannya lebih kenyal dan satu hidangan yang sempurna. Dari segi rasanya masih mengekalkan rasa bawang putih yang kuat dan pedas selain kuahnya yang lebih gelap berbanding sebelum ni.

1.MyKuali Penang Red Tom Yum Goong Noodle – Malaysia


Dan sekali lagi brand yang sama ada dalam senarai top 10 dan dapat tempat pertama bagi tahun 2015. Seperti biasa, saiz mee segera ni agak besar saiznya dan kenyal ketika dikunyah selain kuantiti yang boleh tahan banyak. Daripada segi rasa, kuahnya sangat pekat dan sangat beraroma disebabkan mengandungi serai dan udang. Rasanya juga boleh tahan pedas dan disulami dengan rasa manis udang. Kiranya memang layak untuk dapat no.1 untuk tahun 2015.

Review setiap mee segera dah ada, korang boleh pilih la mana yang korang rasa kena ikut anak tekak. Tapi yang kesian, korang yang asyik sebut Maggi, brand tu tak ada pun dalam senarai ni kan. Mungkin lain kali ada kalau Maggi ada buat perisa baru.

 

Facebook Comments
(Visited 2,499 times, 2 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *