India: Seorang wanita yang dirogol oleh dua orang suspek lelaki mendakwa seorang pegawai polis menolak untuk menahan kedua-kedua suspek tersebut sekiranya mangsa tidak mahu mengadakan hubungan seks dengannya.

Mangsa rogol yang berumur 37 tahun itu yang tinggal di daerah Uttar Pradesh hidup dalam ketakutan selepas pihak polis gagal untuk menahan dua orang suspek iaitu Ameer Ahmad, 55, and Sattar Ahmad, 45 walaupun mangsa telah membuat laporan polis pada Februari lalu lapor Daily Mail.

Mangsa telah merayu kepada pegawai penyiasat tersebut, Jai Prakash Singh tetapi sebaliknya disuruh untuk mengadakan hubungan seks sebagai balasan untuk penahan kedua-dua suspek.

Mangsa mendakwa telah dirogol pada Februari lalu oleh kedua-dua suspek dirumahnya yang mengambil kesempatan mangsa tinggal bersendirian. Mangsa juga mendakwa hidup dalam ketakutan apabila kedua-dua suspek tersebut yang tinggal di kampung yang sama dengannya bebas bergerak selepas pegawai penyiasat mengabaikan kes tersebut.

Orang awam turut mengadakan demonstrasi di hadapan balai polis. Imej: Daily Mail

Jai Prakash Singh juga turut didakwa oleh mangsa dengan menghantar mesej ke telefonnya bagi mengajak mangsa berjumpa untuk melakukan hubungan seks. Jai Prakash Singh turut mengugut untuk mengugurkan kes tersebut selepas mangsa cuba untuk membuat laporan atas tingkah laku pegawai penyiasat tersebut.

Mangsa yang menyimpan rekod mesej dan suara Jai Prakash Singh menunjukkannya kepada pihak polis tetapi pihak polis mendakwa rakaman suara itu tidak sama dengan Jai Prakash Singh.  Siasatan pihak polis yang tidak telus mendorong mangsa dan orang awam mengadakan demonstrasi di hadapan balai polis bagi memastikan kes itu dapat disiasat tanpa berat sebelah.

Facebook Comments
(Visited 697 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *